10 November 2012

Sayonara Ustaz Muhd Haikal

Assalamualaikum..

Hari ini merupakan hari kesedihan buat semua warga semesra yang sebelum ini ceria dengan pelbagai aktiviti apabila salah seorang daripada tenaga penggerak jentera Badar Semesra iaitu Ustaz Muhd Haikal bin Ash'ari yang bakal meninggalkan Sekolah Menengah Sains Rembau berpindah ke Sekolah Seri Puteri Cyberjaya.

Ustaz Muhd Haikal memulakan tugasnya yang pertama selepas melapor diri sebagai guru pendidikan Islam di sekolah ini pada 28 Disember 2009 bersama dengan beberapa orang ustaz dan ustazah yang lain termasuklah Ustaz Mohd Rozeli yang kini bertugas di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Pahang. 

Beliau yang berkelulusan ijazah sarjana muda fiqh dan usul Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pernah menjawat jawatan sebagai Warden Asrama Putera, Bendahari Surau Sekolah Menengah Sains Rembau, Penyelaras Kelas Mutiara Suci, Setiausaha Badan Disiplin dan Penolong Ketua Guru Rumah Akhirul Zaman. Dengan gaya yang bersahaja dan muka yang tidak pernah lekang dengan senyuman merupakan resipi yang berjaya menarik minat para pelajar untuk menuntut ilmu bersamanya. 

Perpindahan Ustaz Haikal ke sekolah barunya bukan atas sebab tindakan disiplin atau sebagainya tetapi merupakan hasrat hati dan memikirkan tanggungjawab terhadap keluarga yang perlu ditunaikan dengan sebaiknya. Pihak BADAR Semesra merasakan satu kehilangan dan cukup menghargai segala jasa dan sumbangan yang diberikan. Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Ustaz Haikal. Semoga Ustaz lebih bersemangat untuk mengajar disekolah baru dan jangan lupa mendoakan kejayaan untuk Semua Warga Semesra

Tiada ulasan: