Terdapat
puluhan hadis Rasulullah s.a.w. yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan
bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat umat Islam di akhirat kelak bahkan
faedah di dunia ini.Walau bagaimanapun faedah dan manfaat itu hanya diberikan
kepada umat Islam yang taat menjunjung segala perintah Allah dan menjauhi
laranganNya. Mereka yang ingkar, tidak berpuasa, tidak mengerjakan solat dan
lain-lain perintah Allah, tidaklah berhak mendapatnya.Di bawah ini diringkaskan
beberapa maksud hadis Rasulullah s.a.w mengenai fadhilat, kelebihan, keutamaan
dan kemuliaan bulan Ramadhan serta amal ibadah yang sewajarnya dilakukan.
- Pintu langit dibuka
Sabda
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:“Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah
pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua
syaitan.”(Riwayat Bukhari dan Muslim.
2. Pintu-pintu syurga dibuka
Sabda
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:“Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah
semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka
satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah
ditutup satu pun darinya. Maka berserulah penyeru; Wahai orang yang melakukan
kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukankejahatan undurlah kamu. Dan
sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu
berlaku pada setiap malam Ramadhan.”
(Riwayat
At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan