16 Januari 2014

Majlis Sambutan Maulidurrasul SAW

Pada 14 Januari 2014 bersamaan 12 Rabiul Awwal 1435H, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Badan Dakwah dan Rohani SM Sains Rembau telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidurrasul SAW peringkat sekolah. Majlis yang merupakan salah satu agenda tahunan kegiatan keagamaan di SM Sains Rembau ini telah diadakan bagi mengenang kembali perjuangan dan pengorbanan Nabi Muhammad SAW memperjuangkan agama Islam sehingga ke hari ini.


Program bermula seawal 7.30 pagi dengan perarakan kontingen selawat yang melibatkan semua pelajar. Pada tahun ini SMESRA turut berpeluang untuk bersua muka dan mendengar ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Haji Noor Azamir bin Haji Alias, Timbalan Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus. 


Antara intipati ceramah yang disampaikan ialah majlis sambutan maulidurrasul yang diadakan bukan sekadar melahirkan rasa cinta dan kasih kepada Rasulullah SAW sahaja bahkan mengenang serta mengikuti segala sunnah yang telah ditinggalkan oleh baginda SAW. Selain itu, segala sumbangan dan jasa yang telah baginda berikan kepada seluruh ummat islam perlu lah dihayati dan dijadikan panduan serta ikutan sepanjang hidup. 

Diakhir majlis, Rumah Johan pahlawan telah diisytiharkan sebagai pemenang bagi kategori selawat dan Rumah Kelana Petra pula telah memenangi kategori sepanduk. Hadiah telah disampaikan oleh Puan Hajah Norzila binti Idris, pengetua SM Sains Rembau. 

Tiada ulasan: