16 Januari 2014

Taklimat BADAR dan SURAU

Pada 4 Januari 2014, Badan Dakwah dan Rohani SM Sains Rembau telah mengadakan program taklimat berkaitan dengan BADAR dan SURAU bertempat di Surau SM Sains Rembau. Taklimat yang melibatkan seluruh warga pelajar SM Sains Rembau ini diadakan untuk memberikan maklumat dan pencerahan kepada semua pelajar khususnya aktiviti yang bakal dilaksanakan di surau khususnya dan di asrama amnya. Taklimat BADAR telah disampaikan oleh Ustaz Shahiful Izuan bin Ismail manakala taklimat berkaitan surau pula telah disampaikan oleh Ustaz Nadzdzarul Amir bin Mohyeddin. Taklimat telah diadakan sejurus selesai solat fardhu isyak.

Taklimat BADAR  

Taklimat Surau 

Tiada ulasan: