17 Februari 2014

Ceramah Agama Muwasofat Muslim

Pada 8 Februari yang lalu Badan Dakwah dan Rohani ( BADAR) SM Sains Rembau dengan kerjasama Surau Annur SM Sains Rembau telah menganjurkan ceramah bulanan khusus untuk seluruh pelajar SM Sains Rembau. 

Program yang merupakan salah satu daripada agenda tarbiyah yang dilaksanakan pada setiap bulan ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang jelas kepada pelajar berkaitan dengan aspek kerohanian dan juga pembentukan jatidiri seseorang pelajar muslim.
Penceramah yang dijemput untuk menyampaikan ceramah pada kali ini ialah Ustaz Tajul Azhar bin Harun daripada Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi. Beliau yang kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang sarjana pendidikan telah memberikan beberapa isi berkaitan muwasofat tarbiyah. 


Antara inti pati yang disampaikan dalam ceramah beliau: 

- sebagai seorang muslim seseorang itu perlulah mempunyai akidah yang sejahtera dan bersih daripada sebarang keraguan yang melanda dalam hati. 

- Sebagai seorang muslim, kita juga perlulah melaksanakan ibadat sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh baginda Nabi SAW yang menjadi contoh ikutan ummat sepanjang zaman. 

- selain mempunyai akhlak yang baik dan terpuji, seseorang muslim itu juga perlu mempunyai kekuatan jasmani dan rohani bagi menghadapi segala cabaran dan dugaan yang mendatang serta mempunyai kecenderungan untuk melakukan amal kebajikan secara istiqamah dan senantiasa mengawasi dan  mengurus masa dengan baik dan teratur dan mampu memberikan manfaat kepada semua. 

Majlis ditangguhkan pada jam 9.30 malam selepas solat fardhu isyak yang telah diimamkan oleh Imam 1, Ustaz Nadzdzarul Amir bin Mohyeddin. 

Tiada ulasan: