23 Februari 2014

Ceramah Agama " Manisnya Berjamaah "

Pada 22 Februari yang  lalu, Badan Dakwah dan Rohani SM Sains Rembau dengan kerjasama Surau An-Nur SM Sains Rembau telah mengadakan program ceramah agama yang bertajuk " Manisnya Berjamaah" Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hafiz bin Mahmud dari SMKA Sheikh Mohd Said ( SHAMS) Seremban. Ceramah yang bermula selepas solat fardhu maghrib ini telah dipengerusikan oleh Saudara Aminuddin bin Mohd Zaiki merangkap Pengerusi BADAR Semesra.  



Dalam ceramah yang disampaikan, Ustaz Hafiz telah menyentuh berkaitan istimewanya hidup secara berjamaah serta kelebihan berjamaah. Antara contoh yang dikemukakan oleh beliau sebagaimana yang dilaksanakan oleh baginda Nabi SAW dan para sahabat baginda. Ustaz turut menyatakan kelebihan dan keistimewaan amalan yang dilaksanakan secara berjemaah dan perbandingan antara pahala orang yang melaksanakan solat secara sendirian dengan orang yang melaksanakan solat secara berjemaah. 



Beliau turut menyarankan agar amalan berjamaah ini diterapkan dalam kehidupan pelajar seharian kerana berjemaah memberikan impak yang cukup besar dan berkesan dalam kehidupan pelajar terutamanya pelajar yang tinggal di asrama. 

Tiada ulasan: