13 April 2014

Ceramah Agama " Ancaman Syiah Di Malaysia "

Pada 12 April yang lalu, Badan Dakwah dan Rohani SM Sains Rembau dengan kerjasama Surau An-Nur SM Sains Rembau telah menganjurkan ceramah berkaitan dengan isu aqidah yang cukup hangat diperkatakan ketika ini iaitu Ancaman Syiah. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Alhuzaee bin Sulaiman, Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia bermula selepas solat fardhu maghrib. 


Ceramah telah diadakan di dewan solat utama, Surau An-Nur, SM Sains Rembau. 
Antara yang diutarakan oleh ustaz Huzaee dalam ceramah yang disampaikan ialah cara dan taktik yang digunakan oleh musuh-musuh islam dalam mengaburi pandangan ummat islam khususnya golongan muda dalam menyebarkan dakyah dan fahaman songsang mereka. Golongan-golongan ini bijak menggunakan segala peluang yang ada dengan tujuan untuk menyesat dan memesongkan aqidah anak muda islam. Beliau turut memberikan penekanan pentingnya pendidikan islam secara menyeluruh serta pengisian rohani dan spiritual remaja pada masa sekarang. Ini kerana remaja adalah pemimpin pada masa hadapan dan sewajarnya diberikan penerangan dan pendedahan yang menyeluruh berkaitan dengan aqidah dan kefahaman islam yang sebenar agar mereka tidak keliru serta terjerumus dalam aktiviti keruntuhan aqidah. 

Tiada ulasan: