19 Ogos 2018

Lawatan Benchmark BADAR Semesra Ke SMAP Labu

Pada 1 Ogos 2018 yang lepas Badan Dakwah dan Rohani SM Sains Rembau telah mengadakan lawatan penanda aras ke Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu. Lawatan ini bertujuan untuk
memberi peluang kepada AJK BADAR semesra untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan serta idea dalam menguruskan organisasi serta menggalakkan percambahan idea dikalangan ahli dalam menguruskan sesuatu aktiviti kerohanian khususnya di sekolah.

Lawatan ini telah disertai seramai 17 orang pelajar dan 3 orang guru penasihat BADAR Semesra. Melalui lawatan ini ahli BADAR Semesra dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam pengurusan organisasi serta dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan yang dihadapi. Secara keseluruhannya, lawatan ini memberi impak positif kepada ahli BADAR Semesra untuk lebih bersedia dan bersemangat untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan untuk memastikan syiar Islam cemerlang dibumi Semesra.

Tiada ulasan: